Khamis, 30 September 2010

jodoh itu pasti, tak perlu gadai maruah diri
jodoh itu pasti, tak perlu cari publisiti
jodoh itu pasti, tak perlu sakiti diri sendiri

mati itu pasti, cepat taubat sebelum mati
mati itu pasti, tak perlu saling sakit menyakiti
mati itu pasti, tak perlu bunuh diri

kejayaan itu tak pasti, kejarlah selagi nadi belum berhenti
kekayaan itu tak pasti, usahakanlah dgn hati yang murni,
kebahagiaan itu tak pasti, sentiasalah berdoa kpd Illahi
kau ingat kau siapa?
pandang ringan tiang agama
suka-suka
mengisi perut bila buka masanya

kau ingat kau siapa?
sudah biasa
teguk ibu segala maksiat,
tanpa fikir panjang
berasmara dgn yg bukan hak
rasa lega
selepas humban kain putih yg kau buat

kau ingat kau siap?
dengan mudah menghentikan nafas sendiri
tak mahu peduli hal duniawi lagi

kau ingat kau siapa?
masanya akan tiba
kau tahu langit tinggi rendah
kau tahu timbangan sebelah mana yang kalah
kau tahu kau bersalah
kau tahu kau terpaksa beralah
menerima AZAB dan PADAH!
sometimes i am the simplest person in the world

sometimes i am the most complicated person in the world

sometimes i am happy

sometimes i'm sad

sometimes i'm angry

But, at that time i know what i need

may I need ur patience?

please.., dun leave me..
aku punya hati?
kau?
kau juga tapi kau punya mati
aku punya akal kau?
kau juga tapi kau punya lebih
tapi masih BODOH..!
masih x tahu yg wanita itu perlu
Dilindungi

Rabu, 29 September 2010

TUTUP MATA

WOI..!
kau mahu tutup mata?
cepatnya..
kau x takut ke?
kau x takut dgn azab neraka?
wah..berani sungguh kau ye..

woi...! pengecut..!
ya..kau sebenarnya pengecut..!
kau takut dgn masalah dunia kan?
kau takut nak hadapi semua ni kan?

bangun..! bangun..! bangun..!
jgn kau terjelepok di situ minta simpati!
ajal kau belum sampai lagi..!
tadahkan tangan kau pada ILLAHI
minta kekuatan jasmani dan rohani..!

BILA HUJAN INI TIDAK LAGI BERHENTI..KAPAL BEBAS BERLAYAR TANPA SEMPADAN. TAPI BUKAN SEBARANG PELAYARAN..PELAYARAN YANG PENUH DENGAN CABARAN

kau dan aku
rupanya berbeza
apa yg berbeza?
matlamat kita

matlamat kita rupanya berbeza
kau mahu lain
aku mahu lain
kau dgn cara kau
aku dgn cara aku

sampai bila2
aku rasa
kita xkan sesuai
bersama

aku pun tidak mahu ;P

Khamis, 29 Julai 2010

MINTA MAAF

aku tak mesej ko hari-hari
tak tanya khabar, sihat..?

aku tak telefon ko seminggu sekali
borak panjang-panjang

aku kadang-kadang lupa hari jadi ko
minta maaf lambat ucap...

aku kadang-kadang tak faham tingkah laku ko
aku juga kadang- kadang tak tahu apa yang kau nak
aku mengaku aku pentingkan diri sendiri

kita masih kawan kan? kan?

iRidnEskOyS

dia tak tahu yang dia sebenarnya ada hati aku

dia juga tak tahu yang dalam hati aku ada dia

dia tak tahu yang dia buat hidup aku ada warna

dia tak tahu yang dia buat aku tersenyum sorang- sorang macam orang gila

dia tak tahu yang dia buat aku tahu aku bukan siapa-siapa

dia tak tahu yang dia buat aku mengalah sebelum mencuba

~ dia masih tak tahu...

kawan

Kau mungkin faham situasi aku tapi
kau tak mungkin faham perasaan aku
tapi kau masih kawan aku

Kau pernah memotivasi aku tapi
kau mungkin pernah perli aku
tapi kau masih kawan aku

Kau pernah gembirakan aku tapi
kau mungkin pernah sakitkan hati aku
tapi kau masih kawan aku

Kau dekat dengan aku tapi
kau mungkin pernah lupakan aku
tapi kau masih kawan aku

Kau anggap aku kawan tapi
mungkin bukan kawan baik kamu
tapi kau masih KAWAN aku

T.A.G.I.D

Bila ada hati tiada apa untuk
diselindungkan

Bila ada hati tiada apa nak
ditakutkan

Bila ada hati kita sedia untuk
menjaga hati

Bila ada hati kita lebih
hati-hati

Bila ada hati tak rasa
kita mati

Bila ada hati semua yang terungkap
dari hati

Bila ada hati kita tak pentingkan
diri sendiri

T U N G G U

tunggu aku
aku tunggu
tunggu kau
kau tunggu
atau hanya aku saja yang tunggu
kau tak tahu
yang aku sebenarnya tunggu kau
kau tak tiba jua
aku penat asyik tunggu kau
sudahlah
aku tunggu orang lain

Pisau Cukur

lelaki itu sunyi
semua teman-temannya sudah punya teman wanita
lelaki itu belum punya
lelaki itu mahu juga punya taman wanita

akhirnya dia ketemu jua teman wanita
teman wanitanya itu teman kepada teman wanita temannya
tanpa susah-susah lelaki itu mengarang ayat cinta
wanita itu memang mahu kepadanya

hubungan dengan teman wanitanya itu
cuma bertahan sebulan sahajalelaki itu tak mahu terus dikikis
sebelum hartabnya habis, lelaki itu mahu minta putus
tanpa susah-susah lalaki itu menyusun kata
wanita itu memang rela
sambil berlalu wanita itu berkata;
"ada aku kiasah?"
tersenyum sinis

Sabtu, 26 Jun 2010

MaCam- macaM ADA

orang yang sihat
ada yang berpura-pura sakit
orang yang sakit
ada yang berpura-pura sihat
orang yang waras
ada yang berpura-pura tak siuman
orang yang tak siuman
ada yang berpura- pura waras
orang yang senang
ada yang berpura-pura susah
orang yang susah
ada yang berpura- pura senang
orang yang pandai
ada yang berpura-pura dungu
orang yang dungu
ada yang berlagak pandai

Khamis, 24 Jun 2010

Alhamdulillah

Aku masih disini
tenang

Masih dalam pertimbangan
tenang

Masih tersenyum
tenang

Masih boleh mencari dalam
tenang

Masih dalam hidup yang
tenang

Aku gembira melihat teman
tenang

Aku, dia dan kamu
tenang ~relaxrbeb