Khamis, 29 Julai 2010

MINTA MAAF

aku tak mesej ko hari-hari
tak tanya khabar, sihat..?

aku tak telefon ko seminggu sekali
borak panjang-panjang

aku kadang-kadang lupa hari jadi ko
minta maaf lambat ucap...

aku kadang-kadang tak faham tingkah laku ko
aku juga kadang- kadang tak tahu apa yang kau nak
aku mengaku aku pentingkan diri sendiri

kita masih kawan kan? kan?

iRidnEskOyS

dia tak tahu yang dia sebenarnya ada hati aku

dia juga tak tahu yang dalam hati aku ada dia

dia tak tahu yang dia buat hidup aku ada warna

dia tak tahu yang dia buat aku tersenyum sorang- sorang macam orang gila

dia tak tahu yang dia buat aku tahu aku bukan siapa-siapa

dia tak tahu yang dia buat aku mengalah sebelum mencuba

~ dia masih tak tahu...

kawan

Kau mungkin faham situasi aku tapi
kau tak mungkin faham perasaan aku
tapi kau masih kawan aku

Kau pernah memotivasi aku tapi
kau mungkin pernah perli aku
tapi kau masih kawan aku

Kau pernah gembirakan aku tapi
kau mungkin pernah sakitkan hati aku
tapi kau masih kawan aku

Kau dekat dengan aku tapi
kau mungkin pernah lupakan aku
tapi kau masih kawan aku

Kau anggap aku kawan tapi
mungkin bukan kawan baik kamu
tapi kau masih KAWAN aku

T.A.G.I.D

Bila ada hati tiada apa untuk
diselindungkan

Bila ada hati tiada apa nak
ditakutkan

Bila ada hati kita sedia untuk
menjaga hati

Bila ada hati kita lebih
hati-hati

Bila ada hati tak rasa
kita mati

Bila ada hati semua yang terungkap
dari hati

Bila ada hati kita tak pentingkan
diri sendiri

T U N G G U

tunggu aku
aku tunggu
tunggu kau
kau tunggu
atau hanya aku saja yang tunggu
kau tak tahu
yang aku sebenarnya tunggu kau
kau tak tiba jua
aku penat asyik tunggu kau
sudahlah
aku tunggu orang lain

Pisau Cukur

lelaki itu sunyi
semua teman-temannya sudah punya teman wanita
lelaki itu belum punya
lelaki itu mahu juga punya taman wanita

akhirnya dia ketemu jua teman wanita
teman wanitanya itu teman kepada teman wanita temannya
tanpa susah-susah lelaki itu mengarang ayat cinta
wanita itu memang mahu kepadanya

hubungan dengan teman wanitanya itu
cuma bertahan sebulan sahajalelaki itu tak mahu terus dikikis
sebelum hartabnya habis, lelaki itu mahu minta putus
tanpa susah-susah lalaki itu menyusun kata
wanita itu memang rela
sambil berlalu wanita itu berkata;
"ada aku kiasah?"
tersenyum sinis