Ahad, 5 Jun 2011

DOSA II

teman,
jujurnya aku tak mahu kau pergi
aku tak suka kau pergi
pergi berdua-duaan dengan lelaki
aku cuma pesan; hati-hati
dan kau pergi dengan riang hati

dan kau pulang...., tapi hilang.
hancur hati!
aku turut menyumpah; lelaki binatang...!
kau juga bodoh! aku juga bodoh!
sepatutnya aku tarik tanganmu...jangan pergi!

bubur takkan jadi nasi
dan..sekarang kau berisi.
mahu ulang dosa lagi?

Bosan II

mesej tak dibalas
telefon tak dijawab.
bosan
sunyi

perlu teman berbicara
sama-sama memecah ketawa
sama-sama kongsi cerita
suka-duka

mesej tak dibalas
telefon tak dijawab
bosan
sunyi

RASA

Penat,

melayan kerenah amigdala.

Penat,

melayan hati yang berbunga-bunga harapan.

Keputusanku, tidaklah sampai menyahaktifkan dua itu.

cukuplah ruang untuk yang berhak

dunia dan akhirat.

Dosa

Bintik- bintik hitam
tanpa disedari
yang sengaja atau tidak
dikumpul sedikit demi sedikit

sedikit demi sedikit demi sedikit
demi sedikit
memenuhi hati.
hitam.
penuh.
dosa dulu, kini dan selamanya.

Selamanya jika alpa,
lalai,
melewat-lewatkan.

diriku dan kalian,
entah bila kita mati,
entah sempat atau tidak,
kita sucikan hati.