Isnin, 29 Oktober 2012

doa

Ya Allah,
Aku  mohon padaMu Ya Allah,
Aku mahu masuk syurga Firdaus ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Ya Allah,
Tunjukkanlah aku jalan yang melayakkan hambaMu ini jadi penghuni syurga Firdaus Ya Allah,
Ya Allah aku sayang Nabi Ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Rabu, 17 Oktober 2012

sama- sama

Jika sama yang kita rasa,
Kita hanya menunggu masa.

Masa sama- sama membina bahagia,
Masa sama-sama mengejar syurga.

Jika sama yang kita rasa.
Sama ke?

Mungkin masih belum jelas,
Rasa apa?

Rasa kita boleh
sama-sama membina bahagia,
sama-sama mengejar syurga.

~untuk kamu yang aku tak pasti sama ada sama atau tidak yang kita rasa.