Isnin, 29 Oktober 2012

doa

Ya Allah,
Aku  mohon padaMu Ya Allah,
Aku mahu masuk syurga Firdaus ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Ya Allah,
Tunjukkanlah aku jalan yang melayakkan hambaMu ini jadi penghuni syurga Firdaus Ya Allah,
Ya Allah aku sayang Nabi Ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Rabu, 17 Oktober 2012

sama- sama

Jika sama yang kita rasa,
Kita hanya menunggu masa.

Masa sama- sama membina bahagia,
Masa sama-sama mengejar syurga.

Jika sama yang kita rasa.
Sama ke?

Mungkin masih belum jelas,
Rasa apa?

Rasa kita boleh
sama-sama membina bahagia,
sama-sama mengejar syurga.

~untuk kamu yang aku tak pasti sama ada sama atau tidak yang kita rasa.


Jumaat, 18 Mei 2012

selepas subuh

pagi tadi
betul-betul selepas subuh
tahan mata
tak nak tidur

bertahan
tapi sekejap

dan terus berjalan-jalan
sampai sekolah
hari ni jadi cikgu ganti
entah tiba-tiba je

dalam perhimpunan ada cikgu-cikgu lelaki
seorang itu.namanya hampir juga dengan nama aku
tapi umurnya setahun lagi tua
rupanya biasa saja
tapi ialah nak dijadikan cerita...

buku notanya ada ditanganku
sengaja ditinggalkannya, aku duga.
aku selak satu persatu
jiwa dia sama dengan jiwaku
cumanya dia lebih
lebih kreatif, lebih berekspresi, lebih jiwa
baik
aku suka
sebenarnya suka dari mula-mula

di rumah aku selak lagi nota-notanya
tiba-tiba ada mesej di inbox FBku
drpd dia
eh sejak bila dia tau FB aku ni?
senyum....

yong ada soluble tak?
ha apa?
soluble..aku rasa aku dah menjangkit selesema ko ni...
ooh jap2....eh sekarang pukul berapa? habisla... assignment tak siap lagi...