Selasa, 19 Ogos 2014

Puisi Berhenti

*Tiup- tiup habuk (fuuuh- fuuuh)


Assalamualaikum...(pada diri sendiri dan anda yang kebetulan membacanya)

Memandangkan blog ni sudah tidak aktif aku pun berhasrat mahu berhenti menulis di blog ni. Idea...! Haha sejak usia semakin bertambah ni idea aku makin kurang pula nak hasilkan puisi. Tapi tidaklah pula berhasrat mahu tutup akaun ni. Biarlah Puisi-Puisi jadi kenang- kenangan. Bila suatu hari aku tengok-tengok bolehla aku gelakkan diri sendiri sebab hasilkan puisi-puisi yang mengarut ni. Puisi zaman muda-muda dan zaman 'insomnia'. Selagi blogger ni masih wujud dapatlah tengok yedak?

Baiklah! sekarang aku berazam nak menulis di Tumblr. Tumblr aku pun dah bersawang. Silap-silap berpenunggu dah. Aku berhasrat nak tulis apa sahaja. Tapi bukan puisi. Mungkin adalah puisi kalau tiba-tiba ada idea. Nak uji otak aku ni masih boleh menulis ke tidak hehe..

okai. bai bai.

*tutup pintu.


Isnin, 9 Disember 2013

Kilatnya depan mata sendiri

Guruhnya di telinga sendiri

Hujannya di dalam hati



Hujannya di dalam hati



Hujannya di dalam hati




Hujan itu biasa.
Jika berlarutan bahaya.
Apatah lagi hujannya di dalam hati.
Jika bah siapa mahu bantu diri?

Berhentilah hujan, beri peluang munculnya pelangi.




#Buat insan yang perlu bertabah. Selamat.
~01122013

Selasa, 9 Julai 2013

Peluk Ramadhan Kuat- Kuat

Jika hari-hari biasa masa itu emas
tapi bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas

Bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas


Untungnya jika kita peka
setiap saat ada amalnya
ada hadiahnya berlipat kali ganda
ruginya jika kita alpa
masa yang lebih berharga berbanding emas dibazirkan saja
tanpa amal tanpa pahala
alangkah ruginya

Alangkah ruginya jika kita selesa beribadat sini- sana
kita alpa
cuma tahu juadah berbuka dan letupan meriam sini-sana
kita suka gembira dan
kita alpa
saudara mara kita kelaparan dan letupan bom sini- sana

Manusia di bumi bertuah, Malaysia
siang malam makan kenyang tidur lena
mari kita peluk Ramadhan kuat-kuat
mohon sangat-sangat
supaya saudara mara Islam kita
menang jihad

Allahuakbar..!
Allahuakbar..!
                                                                                                                                                                  #1Ramadhan1434

Ahad, 30 Jun 2013

Jerit dalam Hati

Baru baru ini

semua yang ditulis tak jadi

cadang mahu manusia mengerti

tapi mereka pasti salah erti

aku hanya jerit dalam hati


Aku hanya jerit dalam hati

biar aku sahaja yang mengerti

biar aku harung sendiri

biar aku harung sendiri

biar aku harung sendiri


#tulisan pun sudah tidak mahu menjerit untuk aku.
*sebenarnya diri sendiri yang tidak mahu jeritannya dibaca orang.
= oh siapa yang berbicara dalam jasad yang bernyawa ni?

Isnin, 29 Oktober 2012

doa

Ya Allah,
Aku  mohon padaMu Ya Allah,
Aku mahu masuk syurga Firdaus ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Ya Allah,
Tunjukkanlah aku jalan yang melayakkan hambaMu ini jadi penghuni syurga Firdaus Ya Allah,
Ya Allah aku sayang Nabi Ya Allah,
Aku mahu jumpa Nabi Ya Allah.

Rabu, 17 Oktober 2012

sama- sama

Jika sama yang kita rasa,
Kita hanya menunggu masa.

Masa sama- sama membina bahagia,
Masa sama-sama mengejar syurga.

Jika sama yang kita rasa.
Sama ke?

Mungkin masih belum jelas,
Rasa apa?

Rasa kita boleh
sama-sama membina bahagia,
sama-sama mengejar syurga.

~untuk kamu yang aku tak pasti sama ada sama atau tidak yang kita rasa.


Jumaat, 18 Mei 2012

selepas subuh

pagi tadi
betul-betul selepas subuh
tahan mata
tak nak tidur

bertahan
tapi sekejap

dan terus berjalan-jalan
sampai sekolah
hari ni jadi cikgu ganti
entah tiba-tiba je

dalam perhimpunan ada cikgu-cikgu lelaki
seorang itu.namanya hampir juga dengan nama aku
tapi umurnya setahun lagi tua
rupanya biasa saja
tapi ialah nak dijadikan cerita...

buku notanya ada ditanganku
sengaja ditinggalkannya, aku duga.
aku selak satu persatu
jiwa dia sama dengan jiwaku
cumanya dia lebih
lebih kreatif, lebih berekspresi, lebih jiwa
baik
aku suka
sebenarnya suka dari mula-mula

di rumah aku selak lagi nota-notanya
tiba-tiba ada mesej di inbox FBku
drpd dia
eh sejak bila dia tau FB aku ni?
senyum....

yong ada soluble tak?
ha apa?
soluble..aku rasa aku dah menjangkit selesema ko ni...
ooh jap2....eh sekarang pukul berapa? habisla... assignment tak siap lagi...