Kilatnya depan mata sendiri
Guruhnya di telinga sendiri
Hujannya di dalam hati
Hujannya di dalam hati
Hujannya di dalam hati
Hujan itu biasa.
Jika berlarutan bahaya.
Apatah lagi hujannya di dalam hati.
Jika bah siapa mahu bantu diri?
Berhentilah hujan, beri peluang munculnya pelangi.
#Buat insan yang perlu bertabah. Selamat.
~01122013
Isnin, 9 Disember 2013
Selasa, 9 Julai 2013
Peluk Ramadhan Kuat- Kuat
Jika hari-hari biasa masa itu emas
tapi bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas
Bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas
Untungnya jika kita peka
setiap saat ada amalnya
ada hadiahnya berlipat kali ganda
ruginya jika kita alpa
masa yang lebih berharga berbanding emas dibazirkan saja
tanpa amal tanpa pahala
alangkah ruginya
Alangkah ruginya jika kita selesa beribadat sini- sana
kita alpa
cuma tahu juadah berbuka dan letupan meriam sini-sana
kita suka gembira dan
kita alpa
saudara mara kita kelaparan dan letupan bom sini- sana
Manusia di bumi bertuah, Malaysia
siang malam makan kenyang tidur lena
mari kita peluk Ramadhan kuat-kuat
mohon sangat-sangat
supaya saudara mara Islam kita
menang jihad
Allahuakbar..!
Allahuakbar..!
tapi bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas
Bulan ini
hari- hari ini
masa ini
lebih berharga daripada emas
Untungnya jika kita peka
setiap saat ada amalnya
ada hadiahnya berlipat kali ganda
ruginya jika kita alpa
masa yang lebih berharga berbanding emas dibazirkan saja
tanpa amal tanpa pahala
alangkah ruginya
Alangkah ruginya jika kita selesa beribadat sini- sana
kita alpa
cuma tahu juadah berbuka dan letupan meriam sini-sana
kita suka gembira dan
kita alpa
saudara mara kita kelaparan dan letupan bom sini- sana
Manusia di bumi bertuah, Malaysia
siang malam makan kenyang tidur lena
mari kita peluk Ramadhan kuat-kuat
mohon sangat-sangat
supaya saudara mara Islam kita
menang jihad
Allahuakbar..!
Allahuakbar..!
#1Ramadhan1434
Ahad, 30 Jun 2013
Jerit dalam Hati
Baru baru ini
semua yang ditulis tak jadi
cadang mahu manusia mengerti
tapi mereka pasti salah erti
aku hanya jerit dalam hati
Aku hanya jerit dalam hati
biar aku sahaja yang mengerti
biar aku harung sendiri
biar aku harung sendiri
biar aku harung sendiri
#tulisan pun sudah tidak mahu menjerit untuk aku.
*sebenarnya diri sendiri yang tidak mahu jeritannya dibaca orang.
= oh siapa yang berbicara dalam jasad yang bernyawa ni?
semua yang ditulis tak jadi
cadang mahu manusia mengerti
tapi mereka pasti salah erti
aku hanya jerit dalam hati
Aku hanya jerit dalam hati
biar aku sahaja yang mengerti
biar aku harung sendiri
biar aku harung sendiri
biar aku harung sendiri
#tulisan pun sudah tidak mahu menjerit untuk aku.
*sebenarnya diri sendiri yang tidak mahu jeritannya dibaca orang.
= oh siapa yang berbicara dalam jasad yang bernyawa ni?
Langgan:
Catatan (Atom)